Thursday, August 03, 2006
Dear readers,
It's been a while since I have made any entry down here. I apologize as I have not been updating my blog lately. My health hasn't been too good for the last couple of weeks. Furthermore, I am not at my best condition. So I am kindda feeling a bit down to even blog.
My computer is now giving me problem therefore I may not be posting for quite some time unless I really have interesting news to share. If time permits, I will check on it once in a while. I will try to update as much as I possible can and once again sorry for causing some of you to wait.
Lotsa love -
Manja - Cheers!
Monday, June 12, 2006
Tuesday, June 06, 2006
Saturday, June 03, 2006
Ako & Jue dedah kisah cinta
Sama cantik, sama padan - itulah pandangan terhadap pasangan yang sedang hangat bercinta ini tatkala mereka hadir ke Menara Star baru-baru ini. Usia hubungan mereka belum pun genap setahun, namun apa yang pasti, keserasian di antara aktor Ako Mustapha, 34 dan Zuliana Ab. Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue, 22, memang jelas kelihatan.
Percintaan mereka juga bukanlah satu rahsia lagi. Mungkin kerana di mana saja Ako pergi, pasti Jue juga akan dilihat bersama.
PERKENALAN
Menyingkap semula proses perkenalan mereka, pasangan ini menceritakan mereka diperkenalkan oleh seorang rakan Jue pada Julai lepas.
Bermula dengan sering berbalas khidmat pesanan ringkas atau SMS, akhirnya masing-masing tidak dapat menafikan lagi perasaan cinta yang wujud di antara kedua-dua mereka.
"Kalau nak diingatkan semula, memang kelakar sangat. Waktu berbalas SMS tu, perasaan untuk serius tu tak ada langsung. Lebih-lebih lagi Ako ketika itu sedang popular dengan drama Dalam Hati Ada Cinta, ditambah lagi saya pula selalu dengar macam-macam orang berkata tentang Ako.
"Jadi tak terfikir langsunglah nak jadi kekasih dia. Tapi, lama-kelamaan perasaan tu wujud juga sebab tengok Ako ni seorang yang sangat prihatin dan sabar," ujar Jue yang mula mencipta nama setelah menyertai rancangan Malaysia's Most Beautiful tidak lama dulu.
Namun, siapakah di antara mereka yang memulakan "langkah pertama" hingga akhirnya membuahkan cinta?
"Jue yang SMS saya dulu, she made the first move! Kemudian, bila dah lama-lama tu, baru saya pun putuskan untuk call saja," ujar Ako ceria sambil disambut dengan gelak-tawa oleh Jue.
RANCANG BERTUNANG
Namun, seperti pasangan-pasangan lain, Ako dan Jue juga tidak terlepas dari pelbagai konflik di dalam perhubungan mereka. Tetapi, satu-persatu berjaya ditangani dengan baik bagi memastikan hubungan mereka kekal.
"Memang banyak juga konflik berlaku pada kami. Pada masa itu, memang saya agak kecewa dan pernah putus asa untuk teruskan hubungan.
"Tapi, Ako pandai mainkan peranan. Dia bawa saya jumpa keluarganya dan waktu itu memang saya rasa terharu sangat sebab keluarga Ako boleh terima saya," kata Jue.
"Tapi, yang pastinya Jue memang nervous sangat bila nak jumpa ayah saya," tambah Ako pula yang sering mengusik Jue sepanjang temubual dijalankan.
Bukan saja Jue, Ako juga turut diterima baik oleh keluarga Jue. Justeru, restu yang diterima dari keluarga kedua-dua pihak membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk bertunang pada 22 Oktober ini.
"Insyaallah, lepas tu akan disusuli pula dengan perkahwinan. Kami bercadang untuk jalankan pada 7 Julai 2007. Tapi itu hanya perancangan," tambah Jue lagi.
TIDAK KISAH PANDANGAN ORANG
Sejak muncul di khalayak ramai sebagai pasangan kekasih, Ako dan Jue mengaku ada yang gembira dengan perhubungan mereka, namun tidak kurang juga yang mengecam mereka.
Menurut Ako, dia amat terkilan dengan kutukan-kutukan pedih yang banyak dibacanya di Internet mengenai hubungan mereka.
Tidak cukup dengan itu, kutukan juga banyak ditujukan kepada Jue, terutamanya ketika dia masih lagi menyertai rancangan Malaysia's Most Beautiful.
"Kadang-kadang saya sendiri tak faham apa yang mereka kutukkan. Ada yang tulis "Kenapalah Ako pilih perempuan macam tu" dan banyak lagi. Sebenarnya, saya dah lama terbaca komen-komen tersebut di Internet, tapi saya rahsiakan daripada pengetahuan Jue.
"Tapi, satu hari tu saya terlepas cakap juga mengenai perkara itu kepada dia," ujar Ako.
Bagi Jue pula, dia mengambil sikap tidak ambil peduli dengan kutukan-kutukan tersebut walaupun adakalanya ia melampaui batas.
"Mereka kutuk saya macam-macam. Tapi, nasib baik, ada juga kenyataan-kenyataan yang membela saya." tambah Jue.
FEBUARI
Tarikh lahir kedua-dua mereka jatuh pada masa yang berdekatan?
"Itulah, birthday saya 18 Feb dan Ako pula 21 Feb. Tapi, tak seronoklah pula sambut sekaligus," gurau Jue.
KOMEN AKO TERHADAP JUE
"Jika orang tanya siapa sebenarnya pemenang Malaysia's Most Beautiful, orang itu adalah saya. Sebabnya, saya dapat Jue! Tapi, memang ketika mula-mula jumpa dulu, saya tengok dia memang ok. Dia seorang yang komited terhadap sesuatu perkara.
"Dia ada tarikan. Ke mana saja saya pergi, kalau tinggal dia sekejap saja, adalah nanti lelaki datang pada dia. Saya percayakan Jue, tapi bukan pada lelaki-lelaki tersebut. Sebab tu saya ajak dia sertai saya belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan diri dia juga.
"Tapi, sebenarnya, saya masih memberi ruang kepada dia. Saya rela kalau dia nak pergi kepada lelaki lain kerana saya tak nak dia hidup dengan orang yang dia tak mahu.
"Pada saya, saya akan buat apa yang terbaik untuk buktikan kepada dia saya adalah yang terbaik. Satu perkara yang saya sedari, perempuan mahukan seseorang yang buatkan dia rasa selamat, manakala lelaki pula mahukan wanita yang hormatkan dia."
KOMEN JUE TERHADAP AKO
"Ako memang seorang yang cool. Dia boleh sabar dengan perangai Jue. Tapi susah nak tengok Ako cemburu, dia sangat berfikiran terbuka.
"Ako juga memang sentiasa percayakan saya. Saya masih ingat lagi, mula-mula kami jalinkan hubungan, terus-terang saya katakan perasaan cinta saya pada dia bukanlah sepenuhnya. Mungkin sebab masih baru.
"Tetapi sekarang ni, apa yang boleh saya cakap, saya memang cintakan dia sangat-sangat."
Friday, May 26, 2006
Maksud Ciuman
sbg panduan serta teladan tetapi kalau ada yg tk berape suka,
tk payah lah membaca nya:-
Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:-
1.Suka cium dahi isteri - suami yang romantis.
2.Suka cium pipi isteri - suami yang penyayang.
3.Suka cium mulut isteri - suami yang gelojoh.
4.Suka cium tengkuk isteri - suami yang mata keranjang.
5.Suka cium telinga isteri - suami yang sensitive.
6.Suka cium leher isteri - suami yang penyabar.
7.Suka cium buah dada isteri - suami yang suka bermanja.
8.Suka cium tangan isteri - suami yang hipokrit.
9.Suka cium ketiak isteri - suami yang menerima isterinya seadanya.
10.Suka cium kemaluan isteri - suami yang pemalu.
11.Suka cium punggung isteri - suami yang suka bergurau.
12.Suka cium kaki isteri - suami yang terlalu menghormati isteri.
13.Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri - suami yang mementingkan diri.
14.Suka cium seluruh bahagian badan isteri - suami yang baru balik dari outstation.
Saturday, May 20, 2006
Hey! I am back now!
TIPS PENJAGAAN KAKI
IKUTI TIPS DIBAWAH AGAR ANDA SELESA BERADA DI MANA JUA..
1. ELAK MEMOTONG KAKI DLM KEADAAN KERING KERANA KUKU MUDAH ROSAK, PATAH, RETAK DAN LEBIH TERUK ANDA AKAN RASA SAKIT...
2. POTONG KUKU LEPAS MANDI ATAU RENDAM KAKI DLM AIR SLAMA 15 SAAT, SIRAM SBLUM POTONG...
3. JGN MEMAKAI KASUT BERTUTUP YG SAMA SLAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT. ELAKKAN DARI KAKI BERBAU MASAM DAN MELEKIT...
4. JEMUR KASUT DALAM TEMPOH 2 MINGGU SEKALI...
5. JIKA BELI KASUT DI MLM HARI, PASTIKAN MEMBELI KASUT YG BERSAIZ BESAR SEDIKIT. SAIZ KAKI AKAN MENGEMBANG SEDIKIT PD SIANG HARI TERUTAMANYA WAKTU PTG...
6. SAPUKAN MINYAK ZAITUN SETIAP MLM SBLM TIDUR UNTUK MELEMBUTKAN KULIT KAKI... RUTIN PENJAGAAN KAKI....
1. RENDAM KAKI ANDA DLM AIR PANAS SUAM. CAMPURKAN LARUTAN PENJAGAAN KAKI DAN RENDAM SELAMA 10 MINIT. LAP DGN TUALA BERSIH.
2. SENTAL DGN SEBIJI LIMAU NIPIS YANG DIBELAH DUA. SENTAL LEBIH LAMA PADA KULIT YG KERING DAN KASAR. MAMPU MELEMBUTKAN KULIT .
3. URUT DAN SENTAL DGN KULIT AVOKADO BG MENANGGALKAN SEL MATI...
4. SAPU DAN URUT DGN LOSYEN YG SESUAI DAN SEGAR. .
Thursday, May 11, 2006
Pernikahan Ady Putra & Aida.
BIODATA NAMA: Mohamed Hadi Putera Halim
LAHIR: 26 Februari 1981
USIA: 25 tahun
KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
TINGGI: 174 sentimeter
BERAT: 72 kilogram
ADIK BERADIK: Anak bongsu daripada tiga beradik
WARNA KEGEMARAN: Oren
HOBI: Menyanyi, selam skuba, melancong dan berfikir
BAKAT: Berlakon dan menyanyi
IDOLA: Kuswadinata
DRAMA/CAREKARAMA: Mya Zara, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Haryati 2