Thursday, March 30, 2006

T-I-R-E-D!!

Stay home few days from thursday to sunday.. Im tired..
oohhhhhh... I am really damn T-I-R-E-D!! *sigh*
Have been going to work and going out to & fro to mom's place or
cooking lunch/dinner & look after my boy..
I just want to slack and eat and watch vcds at home..haha.. like no one bussiness!!
next week i'll be going to have a long rest......... monday night to tuesday night..more beach, more shopping, more music, more chitt chatt & dancing...............!! I loike!!
anyway got 2 go 2 work on wednesday morning.. then thursday to sunday again I wanna slack.. haha.. who cares huh! hahaha

Image hosting by Photobucket darling baby .. mama & papa sayang kan mu ..

Tuesday, March 28, 2006

Jari



"Apa ada pada jari anda.....apa rahsia jari anda...apa guna jari anda...?''

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la degan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga degan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sebelum ni. Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya degan idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita. See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang"

Monday, March 27, 2006

**Cinta Lama Biarkan Berlalu...

Image hosting by Photobucket

Pernah tak terasa dlm hidup kita sentiasa ingat seseorang,
ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya
begitu dekat meskipun jauh beribu batu?

Jika ada, itu namanya cinta. Image hosting by Photobucket Cinta sesuatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok 3 sudah tidak memiliki cinta. Jauh didlm cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.

Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujuran.

Terkadang rasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang amat kondusif dan ekslusif, tersendiri amat.

Kata orang kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertaktha dihati, dimanakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan ku sebagaimana aku sentiasa teringatkan mu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia.
Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia telah tiada. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringat seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa memperdulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh disudut hati kita.Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya,
ia tetap datang dan datang.

Wahai, andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak
mungkin kembali. Urat telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti- henti, tapi hati masih mekar dan segar.


Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu utk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

"Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH". An-nisa:34

Cinta mmg sentiasa muda, tidak pernah selari dgn usia yg kian bertambah.

Image hosting by Photobucket p/s - Saya amat mencintai mu Abang .. Image hosting by Photobucket

Saturday, March 25, 2006

KACANG PHOOL


Ini adalah dari gambar lama yg masih dlm simpanan saya, gambar baru takde .. time tu lupa bawak camera ke rumah emak, so uploadkan saja kat sini.. buat ini kat rumah emak ,lagi pun barang2 pun ada dlm esbok mak - bila husband pun off jugak hari tu.... husband feberet makanan ini.

Bahan-Bahan
1 tin kacang Phool MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu

2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2

Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.

Cubalah .. Memang sedap..

Friday, March 24, 2006

MUTIARA KATA
















TIADA yang kekal selamanya. Begitu juga dengan masalah anda.
JIKA anda tidak berani menempuh sebarang risiko, anda akan hilang segala-galanya.
PENCAPAIAN selalunya dihasilkan berkat usaha gigih yang dicurahkan tanpa mengenal erti penat.
HANYA teman-teman yang sebenar saja yang akan memberitahu anda bahawa wajah anda 'comot' (maksudnya: Kesilapan anda).
JIKA anda tidak meletakkan kaki anda pada seutas tali, anda tidak mampu untuk menyeberangi gaung.
BERIKAN kepada dunia sesuatu yang terbaik dan yang termampu. Kebaikan dan nikmat itu akan dapat anda raih.
SESEORANG yang memiliki wang untuk dihabiskan akan mendapati dirinya sentiasa dikelilingi mereka yang ibarat mancis - hanya menghabiskan wang si empunya diri itu.
DI SEBALIK bakat itu, tersembunyi beberapa sifat seperti disiplin, cinta, nasib baik dan yang paling penting, tenaga.
KEHIDUPAN yang dilayari tidak semestinya hanya dalam satu skop saja.
KEBENARAN adalah untuk selama-lamanya. Ilmu pengetahuan boleh ditukar ganti. Tetapi adalah sesuatu yang meranapkan masa depan seseorang itu jika kebenaran dan ilmu itu dikelirukan.
SEORANG bapa adalah seorang lelaki yang menjangkakan anak-anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.
TIADA satu hari pun yang akan terbuang begitu saja jika anda tampil untuk menimba ilmu.
ERTI mahu mempunyai hak dalam melakukan sesuatu sama sekali tidak sama dengan erti berhak melakukannya.
MAKLUMAT itu tidak membawa erti apa-apa kecuali ia disertakan dengan pengalaman.

Thursday, March 23, 2006

Maia - Mulan cuma "teman mesra"

Raut wajah umpama "Ratu" dan susuk badan yang seksi sudah cukup membuat kumpulan duo terbaru dari Indonesia ini mencuri tapak di persada seni tempatan.
Dua orang jelitawan Maia dan Mulan yang menggelarkan diri mereka Ratu telah berada di tanah air baru-baru ini untuk memperkenalkan album terbaru mereka yang berjudul "Ratu & Friends."
Walau cuma berbekalkan dua buah lagu sahaja, itupun hanya satu sahaja lagu baru, Maia-Mulan berani bersaing dengan artis-artis tempatan.


Keakraban Mulan (kiri) dan Maia disalah ertikan oleh sesetengah pihak.


Keadaan industri syarikat rakaman yang umpama "nyawa-nyawa Ikan" di mana hanya album-album kompilasi sahaja dikeluarkan tidak langsung mematikan semangat Ratu untuk bersaing.
Namapun orang baru, album "Ratu & Friends" menengahkan lagu-lagu hits recycle dari rakan mereka yang lebih senior seperti Padi, Radja, Sheila On 7 dan Glenn Fredly, ia tetap menjadi taruhan album "Ratu & Friends" ini.
Apapun jua alasan untuk promosikan album, kejelitaan dan ketrampilan mereka yang jelita, seksi dan memukau, nampaknya Ratu akan "laris" di Malaysia juga setelah membuka lebaran baru dengan lagu popular mereka "Teman Tapi Mesra" (TTM) dan "'Di Dadaku Ada Kamu" yang pernah dipopularkan oleh Vina Panduwinata.
Mungkin disebabkan "kebisaan" senikata lagu TTM seperti bait-bait lagu Di mana ada dia, selalu ada aku. Namun aku bingung ketika dia bilang cinta, Dan dia juga katakan ingin jadi kekasihku…Cukuplah sudah berteman denganku .Jangan kau meminta lebih, lebih baik kita berteman
Perhubungan mesra antara Maia-Mulan pernah disalahertikan sebagai pasangan yang sedang berkasih justeru disebut "lesbian", yang mana kedua-dua wanita jelita ini telah menafikan.
Mulan adalah vokalis baru Ratu menggantikan Pinkan Mambo. Ketika Maia berpasangan dengan Pinkan, Ratu lebih dikenali dengan imej R&B, sedangkan kini Ratu lebih selesa dengan imej pop-rock.
Album "Ratu & Friends" yang tak ubah seperti album kompilasi ini tetap unik walau apapun format muzik yang ingin ditampilkan.
Mungkin ianya disebabkan usahasama penyanyi-penyanyi senior yang turut


Walaupun berstatus sebagai isteri, ia tidak menghalang mereka bergaya seperti gadis muda (The Star)


menyumbang lagu seperti seperti Akhir Cerita Cinta (Glenn Fredly), Kau (Ello Feat), Cinderella (Radja), Jadikan Aku Raja (Ada Band), Why Do You Love Me? (Erwin Gutawa Feat Rio Febrian), Rahasia Hati (Element), Rum Raising Chocolate Ice Cream (Ten 2 Five), Hanya Dirimu (Dygta Feat.Meda), Temani Aku (Sheila On 7) dan Patah (Padi). Album Ratu & Friends telah terjual sebanyak 200 ribu keping di Indonesia.
Ratu menampilkan imej seksi dengan berpakaian ketat, jeans yang mengikut potongan badan dan adakalanya berskirt mini dengan berstoking "net" panjang.
Sekali pandang tak ubah seperti imej Cyndi Lauper ketika mula dia bergelar penyanyi dulu.
Busana baru yang menarik ini menampilkan Ratu seperti di alam muda remaja dengan gaya yang nakal dan manja.
Walaupun kedua mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak, Mulan-Maia tetap bergaya dengan imej gadis muda.
Maia atau nama sebenarnya Maia Ahmad, 28tahun, adalah isteri kepada ahli kumpulan Dewa, Ahmad Dani dan telahpun mempunyai tiga orang cahayamata.
Sedangkan vokalis baru "Ratu" Mulan Kwok masih berusia 22 tahun dan telahpun mempunyai dua orang anak.
Nama sebenar Mulan ialah Wulansari dan beliau bukan keturunan Cina seperti yang ramai sangka. Kwok itu adalah nama gelaran kerana kepandaian dia menyanyikan lagu Mandarin. Dan Mulan adalah nama yang diberi kerana keserasian bunyi yang hampir dengan nama asalnya Wulan.
Kedua orang ibu muda sudah menjangka cabaran hebat yang bakal diundang mereka, tambahan status mereka sebagai isteri muda yang jelita dan seksi.

Tuesday, March 21, 2006

**PERSONALITI BERASASKAN BENTUK GIGI



Bentuk Gigi Mengungkap Peribadi...


Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang. Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak keharu tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukahkamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!


Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka.Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!


Bersaiz sederhana dan rata.
Cantiknya gigi dia. Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu
pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?


Besar dan jarang.
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!


Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik. Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!


Jongang dan besar.
Fuyoo!! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!


Tidak tersusun.
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biar pun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.


Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!


Yang mana satu bentuk gigi kamu ya! Mana yg bagus2 itu saya lah yg punya! hahaha

Wednesday, March 15, 2006

Dayang Camelia

Camelia seorang celebriti yg sangat terkenal termasuk dgn iklan shampoo di kaca tv.. kecantikkannya begitu terserlah sekali tak perlu diragui. Saya salah satu drpd yg mengkagumi dirinya. Dari gambar2 ini .. mungkin ada yg berkata2 dihati kecil kita .. Terpulang kpd individu untuk memberi apa jua komen jikalau ada ..

Terimakasih pd Diella - http://delusty.blogspot.com kerana forwardkan semua images2 ini pd e-mail saya.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, March 10, 2006

"Tolonglah, kalau sayangkan Erra..."

Saya sebenarnya Peminat ( tapi bukan lah die hard fan ) pd Pelakun, Penyanyi & Model ERRA FAZIRA. Sebenarnya ramai yg saya minati artis2 dari seberang, ini cuma sekadar hanya ingin berkongsi kpd para pembaca disini. Tersentuh dgn dugaan yg dihadapi oleh dia. Kerana saya juga seorang WANITA seperti dia... Happy Reading.


Bak kata orang "Air dititik dilautkan, tanah sekepal digunungkan." Begitulah berita pergolakan rumah tangga Erra Fazira dan Yusry yang belum pun tentu kesahihannya tapi cerita yang tersebar seolah-olah memperbesarkan perkara yang kecil.
Suka-duka artis jelita, Erra Fazira. Baru-baru ini kisah rumahtanggannya diperkatakan orang. (Foto: The Star)

Dan berita angin yang disampai dari mulut ke mulut bagaikan sedang menunggu retak menanti belah.
Siapa yang tidak tertekan apabila hampir setiap minggu ada saja berita tidak manis pasal rumah tangga yang kononnya sedang bergolak hebat?



Bagi Erra dugaan mesti dihadapinya dengan tenang

Hati siapa yang tidak terusik kalau perkhabaran tentang dirinya dibuat bermacam andaian sedangkan tuan punya diri lebih betah berdiam diri.
Bagi Erra, itulah dugaan yang terpaksa dihadapi. Bukan sekali air mata primadonna jelita ini mengalir laju. Sudah berbulan mungkin, kesabarannya diuji terus. Meskipun berkajang naskah yang tertulis perihal kisah rumahtangganya, wajah jelita artis popular satu Malaysia ini tidak pernah tertulis riak duka.
Tapi mungkinkah semua itu hanya tontonan sahaja sedangkan ketika bersendirian, siapa tahu kocak hatinya?
"Memanglah masaalah tu ada tapi masaalah itu boleh diatasi. Tetapi apabila banyak ditokok tambah, semuanya menjadi lebih buruk," jelas Erra.



Pahit-manis biarlah Erra yang merasakannya

Ikutilah bicara Erra Fazira melalui video:

Real Player

Windows Media Player

Pintanya, "janganlah diburukkan lagi keadaan. Keadaan sekarang ni under control walapun kadang-kadang mood kita silih berganti. Nasib baiklah famili Erra dan suami adalah insan seni. Mereka lebih memahami keadaan yang sedang Erra hadapi sekarang."
Bagi Erra pengalaman pahit di masa silam telah banyak mengajarnya bagaimana untuk tidak melenting dan cepat melatah. Mungkin ramai yang ingin melihat Erra hilang pertimbangan tapi jiwa Erra lebih kental dari itu. Jangankan setitik air mata, kegusaran tidak langsung terlukis di riak wajahnya.
"Biarlah Erra sendiri yang merasanya. Tak perlulah dikongsi dengan orang lain. Yang pahit itulah penawar dan penawar itu lah yang mencipta ketenangan," ujarnya berhemah.



Walaupun keadaan dirinya "bagaikan kaca terhempas ke batu" sekalipun, Erra tidak cepat mengalah.
"Erra telah melalui lebih teruk dari ini dulu. Macam-macam sudah Erra hadapi. Pengalaman begini akan mendewasakan kita," kata penyanyi jelita yang pernah di mahkota Ratu Cantik Malaysia satu ketika dulu.
Ketika ini, Erra sedang sibuk menjalani proses rakaman untuk alabum terbarunya. Kemelut yang dihadapi tidak menjejaskan tumpuan Erra pada karier dan business.
"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Hidup mesti diteruskan walau bagaimana hebat dugaan yang menanti. Itu prinsip Erra. Erra dapat pisahkan antara personal dan karier. Memanglah mula-mula susah nak "handle" tapi Allah telah memberi kekuatan. Insya Allah sekarang Erra lebih tenang," tenang jawab Erra.
Mungkin ianya satu kebetulan tetapi tajuk-tajuk lagu di dalam album baru seolah menceritakan rahsia hatinya. Antaranya Ya atau Tidak (Edry KRU), Kekasih Misteri (Andy Mok), Bermula Dengan Mimpi (Andy Mok) dan Hadirmu (JFK).
Album yang akan di hasilkan bersama komposer tersohor Fauzi Marzuki tutur memuatkan sebuah lagu Bengkulu bertajuk "Wang Kite Gale" (Orang Kita).
"Itu lagu loghat Bengkulu, bahasa yang telah sebati dengan keluarga dan saudara mara Erra. Erra bangga dengan bahasa Bengkulu," ujar penyanyi tinggi lampai yang berketurunan Bengkulu dari Sumatera, Indonesia ini.



Gaya Erra untuk Peminat

Menurut Erra, dia senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan keluarganya. Sebelum mengakhiri perbualan, Erra berkata..."Sebagai manusia biasa, kadang ada yang tak kena, yang tersilap dan terkurang. Itu adatlah alam rumah tangga. Tapi orang luar tak perlu tahu. Itu hak peribadi Erra."
Bagi peminat Erra, hanya satu pintanya....."Tolonglah....Kalau sayangkan Erra....Janganlah cepat mempercayai perkara-perkara buruk yang ditulis pasal Erra."
Mungkin di saat ini, angin yang bertiup begitu kencang dan badai begitu kuat menghempas pantai. Namun hati dan perasaan Erra hanya dia dan Allah saja yang tahu. Janganlah ditambah lagi luka yang telahpun berdarah kerana keadaan artis jelita ini tak ubah seperti "Angin berputar, ombak bersabung" - kan soal rumah tangga amat sulit!