TIADA yang kekal selamanya. Begitu juga dengan masalah anda.
JIKA anda tidak berani menempuh sebarang risiko, anda akan hilang segala-galanya.
PENCAPAIAN selalunya dihasilkan berkat usaha gigih yang dicurahkan tanpa mengenal erti penat.
HANYA teman-teman yang sebenar saja yang akan memberitahu anda bahawa wajah anda 'comot' (maksudnya: Kesilapan anda).
JIKA anda tidak meletakkan kaki anda pada seutas tali, anda tidak mampu untuk menyeberangi gaung.
BERIKAN kepada dunia sesuatu yang terbaik dan yang termampu. Kebaikan dan nikmat itu akan dapat anda raih.
SESEORANG yang memiliki wang untuk dihabiskan akan mendapati dirinya sentiasa dikelilingi mereka yang ibarat mancis - hanya menghabiskan wang si empunya diri itu.
DI SEBALIK bakat itu, tersembunyi beberapa sifat seperti disiplin, cinta, nasib baik dan yang paling penting, tenaga.
KEHIDUPAN yang dilayari tidak semestinya hanya dalam satu skop saja.
KEBENARAN adalah untuk selama-lamanya. Ilmu pengetahuan boleh ditukar ganti. Tetapi adalah sesuatu yang meranapkan masa depan seseorang itu jika kebenaran dan ilmu itu dikelirukan.
SEORANG bapa adalah seorang lelaki yang menjangkakan anak-anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.
TIADA satu hari pun yang akan terbuang begitu saja jika anda tampil untuk menimba ilmu.
ERTI mahu mempunyai hak dalam melakukan sesuatu sama sekali tidak sama dengan erti berhak melakukannya.
MAKLUMAT itu tidak membawa erti apa-apa kecuali ia disertakan dengan pengalaman.
Friday, March 24, 2006
MUTIARA KATA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment