Monday, June 12, 2006

Toilet In Bangkok - Interesting & Creative!

Woah.... nice theme for a toilet.....

Cute lah...
Female Toilet...

Male toilet...
Siap bawak gunting! hahaha...

Tuesday, June 06, 2006

future pen ????

I bet you will have a 2nd look at this amazing technology !!!!
-
-
Whaddya think these are?

look closely and guess what they could be...

PENS WITH HIDDEN CAMS, Right ?
-
-
-
-
-
Wrong!

any wild guesses now?
-
-
-
-
ladies and gentlemen...

congratulations! you've just seen the future of the lap top.

this will soon replace your PC
-
-
-
NOW SEE THIS...
-
-
-
In the revolution of miniature computers,
the scientists are ahead with bluetooth technology...


Betapa lah punya canggih eh otak2 diorng ni kan! macam2 pattern skrang ni ada, tapi bagus juga adanya pen camni senang utk dibawa kemana2 kan... aku pun bole bawak ke tempat keje lah... hahaha..... tapi agaknya berapa harga? mesti melambung tinggi, heiii, mampu ke aku membeli?

Saturday, June 03, 2006

Ako & Jue dedah kisah cinta

Sama cantik, sama padan - itulah pandangan terhadap pasangan yang sedang hangat bercinta ini tatkala mereka hadir ke Menara Star baru-baru ini. Usia hubungan mereka belum pun genap setahun, namun apa yang pasti, keserasian di antara aktor Ako Mustapha, 34 dan Zuliana Ab. Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue, 22, memang jelas kelihatan.
Percintaan mereka juga bukanlah satu rahsia lagi. Mungkin kerana di mana saja Ako pergi, pasti Jue juga akan dilihat bersama.

PERKENALAN
Menyingkap semula proses perkenalan mereka, pasangan ini menceritakan mereka diperkenalkan oleh seorang rakan Jue pada Julai lepas.
Bermula dengan sering berbalas khidmat pesanan ringkas atau SMS, akhirnya masing-masing tidak dapat menafikan lagi perasaan cinta yang wujud di antara kedua-dua mereka.
"Kalau nak diingatkan semula, memang kelakar sangat. Waktu berbalas SMS tu, perasaan untuk serius tu tak ada langsung. Lebih-lebih lagi Ako ketika itu sedang popular dengan drama Dalam Hati Ada Cinta, ditambah lagi saya pula selalu dengar macam-macam orang berkata tentang Ako.
"Jadi tak terfikir langsunglah nak jadi kekasih dia. Tapi, lama-kelamaan perasaan tu wujud juga sebab tengok Ako ni seorang yang sangat prihatin dan sabar," ujar Jue yang mula mencipta nama setelah menyertai rancangan Malaysia's Most Beautiful tidak lama dulu.
Namun, siapakah di antara mereka yang memulakan "langkah pertama" hingga akhirnya membuahkan cinta?
"Jue yang SMS saya dulu, she made the first move! Kemudian, bila dah lama-lama tu, baru saya pun putuskan untuk call saja," ujar Ako ceria sambil disambut dengan gelak-tawa oleh Jue.

RANCANG BERTUNANG
Namun, seperti pasangan-pasangan lain, Ako dan Jue juga tidak terlepas dari pelbagai konflik di dalam perhubungan mereka. Tetapi, satu-persatu berjaya ditangani dengan baik bagi memastikan hubungan mereka kekal.
"Memang banyak juga konflik berlaku pada kami. Pada masa itu, memang saya agak kecewa dan pernah putus asa untuk teruskan hubungan.
"Tapi, Ako pandai mainkan peranan. Dia bawa saya jumpa keluarganya dan waktu itu memang saya rasa terharu sangat sebab keluarga Ako boleh terima saya," kata Jue.
"Tapi, yang pastinya Jue memang nervous sangat bila nak jumpa ayah saya," tambah Ako pula yang sering mengusik Jue sepanjang temubual dijalankan.
Bukan saja Jue, Ako juga turut diterima baik oleh keluarga Jue. Justeru, restu yang diterima dari keluarga kedua-dua pihak membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk bertunang pada 22 Oktober ini.
"Insyaallah, lepas tu akan disusuli pula dengan perkahwinan. Kami bercadang untuk jalankan pada 7 Julai 2007. Tapi itu hanya perancangan," tambah Jue lagi.

TIDAK KISAH PANDANGAN ORANG
Sejak muncul di khalayak ramai sebagai pasangan kekasih, Ako dan Jue mengaku ada yang gembira dengan perhubungan mereka, namun tidak kurang juga yang mengecam mereka.
Menurut Ako, dia amat terkilan dengan kutukan-kutukan pedih yang banyak dibacanya di Internet mengenai hubungan mereka.
Tidak cukup dengan itu, kutukan juga banyak ditujukan kepada Jue, terutamanya ketika dia masih lagi menyertai rancangan Malaysia's Most Beautiful.
"Kadang-kadang saya sendiri tak faham apa yang mereka kutukkan. Ada yang tulis "Kenapalah Ako pilih perempuan macam tu" dan banyak lagi. Sebenarnya, saya dah lama terbaca komen-komen tersebut di Internet, tapi saya rahsiakan daripada pengetahuan Jue.
"Tapi, satu hari tu saya terlepas cakap juga mengenai perkara itu kepada dia," ujar Ako.
Bagi Jue pula, dia mengambil sikap tidak ambil peduli dengan kutukan-kutukan tersebut walaupun adakalanya ia melampaui batas.
"Mereka kutuk saya macam-macam. Tapi, nasib baik, ada juga kenyataan-kenyataan yang membela saya." tambah Jue.

FEBUARI

Tarikh lahir kedua-dua mereka jatuh pada masa yang berdekatan?
"Itulah, birthday saya 18 Feb dan Ako pula 21 Feb. Tapi, tak seronoklah pula sambut sekaligus," gurau Jue.

KOMEN AKO TERHADAP JUE
"Jika orang tanya siapa sebenarnya pemenang Malaysia's Most Beautiful, orang itu adalah saya. Sebabnya, saya dapat Jue! Tapi, memang ketika mula-mula jumpa dulu, saya tengok dia memang ok. Dia seorang yang komited terhadap sesuatu perkara.
"Dia ada tarikan. Ke mana saja saya pergi, kalau tinggal dia sekejap saja, adalah nanti lelaki datang pada dia. Saya percayakan Jue, tapi bukan pada lelaki-lelaki tersebut. Sebab tu saya ajak dia sertai saya belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan diri dia juga.
"Tapi, sebenarnya, saya masih memberi ruang kepada dia. Saya rela kalau dia nak pergi kepada lelaki lain kerana saya tak nak dia hidup dengan orang yang dia tak mahu.
"Pada saya, saya akan buat apa yang terbaik untuk buktikan kepada dia saya adalah yang terbaik. Satu perkara yang saya sedari, perempuan mahukan seseorang yang buatkan dia rasa selamat, manakala lelaki pula mahukan wanita yang hormatkan dia."

KOMEN JUE TERHADAP AKO
"Ako memang seorang yang cool. Dia boleh sabar dengan perangai Jue. Tapi susah nak tengok Ako cemburu, dia sangat berfikiran terbuka.
"Ako juga memang sentiasa percayakan saya. Saya masih ingat lagi, mula-mula kami jalinkan hubungan, terus-terang saya katakan perasaan cinta saya pada dia bukanlah sepenuhnya. Mungkin sebab masih baru.
"Tetapi sekarang ni, apa yang boleh saya cakap, saya memang cintakan dia sangat-sangat."