Friday, May 26, 2006


Maksud Ciuman

sbg panduan serta teladan tetapi kalau ada yg tk berape suka,

tk payah lah membaca nya:-

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:-

1.Suka cium dahi isteri - suami yang romantis.

2.Suka cium pipi isteri - suami yang penyayang.

3.Suka cium mulut isteri - suami yang gelojoh.

4.Suka cium tengkuk isteri - suami yang mata keranjang.

5.Suka cium telinga isteri - suami yang sensitive.

6.Suka cium leher isteri - suami yang penyabar.

7.Suka cium buah dada isteri - suami yang suka bermanja.

8.Suka cium tangan isteri - suami yang hipokrit.

9.Suka cium ketiak isteri - suami yang menerima isterinya seadanya.

10.Suka cium kemaluan isteri - suami yang pemalu.

11.Suka cium punggung isteri - suami yang suka bergurau.

12.Suka cium kaki isteri - suami yang terlalu menghormati isteri.

13.Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri - suami yang mementingkan diri.

14.Suka cium seluruh bahagian badan isteri - suami yang baru balik dari outstation.

Saturday, May 20, 2006

Hey! I am back now!

Lately home PC is under reconstruction, it's crashed! and thanks to my uncle and now its all ok. Lucky for me, managed to save the very last backup.... Sorry to those who have tag me...I can't reply because i got no pc at work, hahaaa and yes, i miss u guys a lottttttt.... I miss my cyber worldddddddd!

TIPS PENJAGAAN KAKI

PENAMPILAN DIRI DR SEGI KEBERSIHAN TURUT MENJADI FAKTOR PERSONALITI ANDA DINILAI. SUNGGUHPUN BAHAGIAN KAKI ADALAH SEBAHAGIAN AURAT DAN TIDAK BOLEH DITAYANGKAN KPD BUKAN MAHRAM, TETAPI PERLU DIINGAT, SUAMI PASTI AKAN MERUNGUT APABILA ANDA GAGAL MENJAGA KAKI SENDIRI (SUAMI YG LAIN SAYA TAK TAU LAH)
IKUTI TIPS DIBAWAH AGAR ANDA SELESA BERADA DI MANA JUA..

1. ELAK MEMOTONG KAKI DLM KEADAAN KERING KERANA KUKU MUDAH ROSAK, PATAH, RETAK DAN LEBIH TERUK ANDA AKAN RASA SAKIT...

2. POTONG KUKU LEPAS MANDI ATAU RENDAM KAKI DLM AIR SLAMA 15 SAAT, SIRAM SBLUM POTONG...

3. JGN MEMAKAI KASUT BERTUTUP YG SAMA SLAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT. ELAKKAN DARI KAKI BERBAU MASAM DAN MELEKIT...

4. JEMUR KASUT DALAM TEMPOH 2 MINGGU SEKALI...

5. JIKA BELI KASUT DI MLM HARI, PASTIKAN MEMBELI KASUT YG BERSAIZ BESAR SEDIKIT. SAIZ KAKI AKAN MENGEMBANG SEDIKIT PD SIANG HARI TERUTAMANYA WAKTU PTG...

6. SAPUKAN MINYAK ZAITUN SETIAP MLM SBLM TIDUR UNTUK MELEMBUTKAN KULIT KAKI... RUTIN PENJAGAAN KAKI....

1. RENDAM KAKI ANDA DLM AIR PANAS SUAM. CAMPURKAN LARUTAN PENJAGAAN KAKI DAN RENDAM SELAMA 10 MINIT. LAP DGN TUALA BERSIH.

2. SENTAL DGN SEBIJI LIMAU NIPIS YANG DIBELAH DUA. SENTAL LEBIH LAMA PADA KULIT YG KERING DAN KASAR. MAMPU MELEMBUTKAN KULIT .

3. URUT DAN SENTAL DGN KULIT AVOKADO BG MENANGGALKAN SEL MATI...

4. SAPU DAN URUT DGN LOSYEN YG SESUAI DAN SEGAR. .

Thursday, May 11, 2006

Pernikahan Ady Putra & Aida.

Keluarga tetap nombor satu.

MYA Zara memberi impak besar pada karier Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, sekali gus melonjakkan namanya sebagai pelakon pelapis paling menonjol.Wataknya sebagai Azlan cukup meninggalkan kesan di hati pengikut setia drama bersiri ini, malah ada antara mereka jatuh cinta dengannya dan tidak kurang juga membenci gara-gara karektor antagonis yang dibawanya.Siapa tidak geram melihat Azlan bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk menundukkan bapa serta anggota keluarga lain? Lebih parah, dia yang menjadi harapan bapa sanggup bermain kayu tiga dengan isteri abang sendiri.

Bagaimanapun, sikap machonya lebih mendominasi perhatian penonton, khususnya wanita. Senyuman, lirikan mata dan gayanya mampu mencairkan hati, malah tidak keterlaluan rasanya jika penulis katakan ada penonton gila bayang kerananya.
Pun begitu, tahukah anda di sebalik watak macho Azlan, Adi Putera yang menyambut ulang tahun ke-25 pada Februari lalu sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan masih mengharapkan perhatian ibunya yang sanggup berpindah dari Kota Singa ke Kuala Lumpur atas permintaannya.

“Saya tidak kisah jika orang melabelkan saya anak emak. Sejak kecil saya tidak pernah berjauhan dengan orang tua. Dengan adanya ibu di sisi, saya rasa lebih selesa.“Apabila nekad untuk meneruskan karier sebagai pelakon di Malaysia, ayah izinkan saya membawa ibu menetap di Kuala Lumpur. Kalau ikutkan saya mahu ayah turut serta, tapi apakan daya ayah terikat dengan tugasnya sebagai jurutera penerbangan.“Sebagai anak, saya risau juga dengan keadaan ayah. Maklumlah, kakak dan abang saya berkahwin dan menetap dengan keluarga masing-masing. Justeru, saya dan ibu kerap pulang ke Singapura untuk menjenguk ayah.

“Saya terharu dengan pengorbanan ayah dan ibu. Keprihatinan mereka menyedarkan saya supaya sentiasa mendahulukan keluarga, khususnya ibu bapa, walaupun berumah tangga kelak,” kata anak bongsu daripada tiga bersaudara ini, anak muda lulusan Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura itu mengakui, drama bersiri kegemaran ramai ini menjadi batu loncatan untuknya terus bertahan, sekali gus mencari lebih banyak peluang mengukuhkan kedudukan dalam industri.
“Sejak dua tahun lalu, saya membintangi beberapa drama dan carekarama namun lebih dikenali melalui Mya Zara. Tidak dinafikan, drama ini banyak menaikkan nama saya.

“Terima kasih diucapkan kepada Grand Brilliance Sdn Bhd kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya melakonkan watak Azlan. Bukan senang untuk menjiwai watak ini kerana perbezaan umur saya dan Azlan terlalu jauh. Saya harus pastikan penampilan dan tingkah laku saya menepati usia Azlan yang melepasi angka 30 tahun.“Selain itu saya perlu hidupkan watak Azlan hingga menimbulkan kebencian penonton. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan watak ini, apatah lagi ramai peminat mengatakan lakonan saya menjadi. Pun begitu, kalau ditanya mengenai mutu lakonan, sebagai pelakon saya belum puas.

Banyak usaha harus dilakukan bagi memastikan peningkatan dari semasa ke semasa,” kata Adi ketika berkunjung ke pejabat MA, baru-baru ini.Ditanya mengenai sejarah pembabitannya, Adi memberitahu, kariernya bermula sebagai pelakon sambilan di Singapura pada 2002. Ketika itu Adi tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini secara serius, namun dua tahun kemudian haluan hidupnya berubah apabila pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima melamarnya membintangi Haryati 2.

Tawaran kedua muncul apabila Erma sekali lagi mengundang Adi menjayakan drama Dilema Wanita. Kedudukan Adi bertambah selesa pada 2005 apabila GB memberi kepercayaan kepadanya untuk menjayakan cerekarama sempena sambutan Hari Keputeraan Rasulullah, berjudul Kelahiran Yang Teristimewa.Kemudian, menyusul pula cerekarama Dakapan Senja (2005), Kasih Rela Ku Pujuk dan terbaru muncul cemerlang dengan Mya Zara.“Saya tidak akan lupa jasa baik Erma kerana dia bertanggungjawab memperkenalkan saya dalam industri ini.

Pertama kali bekerja dengan Erma, tidak pernah terlintas di fikiran saya dapat bertahan hingga ke hari ini.“Pada mulanya saya kurang yakin dengan penerimaan masyarakat Malaysia, tetapi tanggapan ini berubah apabila satu demi satu lakonan saya mendapat tempat di hati peminat.“Jujur, saya tidak pernah menetapkan had masa berapa lama saya akan bertapak dalam industri kerana semuanya terpulang pada rezeki dan penerimaan peminat. Selagi diperlukan, insya-Allah saya akan terus melebarkan sayap di sini. Malah, menjadi harapan saya untuk sama-sama memartabatkan industri seni Malaysia yang saya anggap seperti negara sendiri,” katanya yang berpegang pada prinsip tidak menyusahkan orang lain.

Ditanya mengapa tidak memilih bidang kejuruteraan penerbangan sebagai kerjaya tetap, Adi yang mengagumi Rosyam Nor dan berhasrat berguru dengan aktor hebat itu menyambung bicara: “Saya jatuh cinta dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Biarpun tidak pernah menjadi cita-cita, ia serasi dengan jiwa saya. Mungkin sudah tertulis inilah rezeki saya dan saya menerimanya dengan hati terbuka.”

Dalam rancak bercerita, Adi mengaku cerewet dalam memilih watak. Bukan bayaran tinggi dikejar aktor yang dilabelkan sebagai pelapis Rosyam Nor ini, sebaliknya dia mahukan watak yang mencabar, pelbagai dan berbeza dengan personaliti sebenarnya.“Sebagai pendatang baru, saya harus bijak memilih watak untuk pergi lebih jauh dalam industri ini. Biar lambat naik, asalkan dapat bertahan lama.

“Bagi saya bayaran tidak penting, sebaliknya lebih mengutamakan watak. Saya mahu dikenali sebagai pelakon versatile dan bukannya sterotype. Lebih sukar dan mencabar karektor itu, lebih menarik di mata saya. Dengan cara ini saya dapat memantapkan mutu lakonan dan dalam masa sama memperbaiki kelemahan diri.“Sebelum ini saya diundang membintangi sebuah filem, tetapi terpaksa menolak tawaran itu dengan baik kerana watak diberikan kurang mencabar. Saya sanggup menunggu sehingga bertemu tawaran yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya,” katanya yang percaya tiada jalan pintas untuk meraih kejayaan dan harus bekerja keras untuk kepuasan berpanjangan.

BIODATA NAMA: Mohamed Hadi Putera Halim
LAHIR: 26 Februari 1981
USIA: 25 tahun
KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
TINGGI: 174 sentimeter
BERAT: 72 kilogram
ADIK BERADIK: Anak bongsu daripada tiga beradik
WARNA KEGEMARAN: Oren
HOBI: Menyanyi, selam skuba, melancong dan berfikir
BAKAT: Berlakon dan menyanyi
IDOLA: Kuswadinata
DRAMA/CAREKARAMA: Mya Zara, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Haryati 2

Wednesday, May 10, 2006

Someone forward email to me - *SUDU DAN BENANG*

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat. Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?" "Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya.
Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif". Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya.
"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang". Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?" "Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."
"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?" "Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Tuesday, May 09, 2006

wah!!! can they still drive?




Sunday, May 07, 2006


Al Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya. Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja. Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri iaitu dengan istilah "mesin taip"Apabila si suami berkehendakkan pada isterinya maka dia akan memberi tahu pepatah itu kepada isterinya.

Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bila mana si suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya yang dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu juga dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya. Si suami melihat jam di tangan. "Hai setengah jam sempat lagi ni ...."bisik hatinya. Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya si isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah.
Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun itu memanggil isterinya dengan bersama pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu.
"Emak..., abah kata dia hendak mesin taip...." kata sikecil itu petah."Nak mesin taip...??? Nantilah cakap sama abah nanti mama balik bagi mesin taip tu yaa...!!" sahut si isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu. Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangan sesama sendiri kehairanan.
"Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya. "Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..."sampuk seorang lagi yang sama-sama tidak memahami apa-apa. Si isteri itu hanya tersengeh-sengeh malu. "
Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi....!" balas si isteri mengalihkan cerita. Si isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh si suami.
Hampir dua puluh minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu. "
Laa kata nak mesin taip....???"
"Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan.!!!"Bagi tahu si suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan si isteri yang tercengang-cengang.

Friday, May 05, 2006


Tipah tertipu!

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke busstop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam.

Orang lain takde,Tipah seorang ajer. Takut gak tau!Tunggu punyer tunggu dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya, ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler? Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu laaa baru Tipah perasan yang bastu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak.Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler peluh jantan mula memercik dan nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?? Adakah? adakah? Aarrrghhh!!! Seramnye, ngerinye, takutnye, kejamnye!"

Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada."

Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas. Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Rupa-rupa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow aje, patut pun tak der drebarnya, patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

()""()
( 'o' ) ==
(,,)=(,,)==
( . )(,,,)-(,,,)