Thursday, August 03, 2006

A little note

Dear readers,

It's been a while since I have made any entry down here. I apologize as I have not been updating my blog lately. My health hasn't been too good for the last couple of weeks. Furthermore, I am not at my best condition. So I am kindda feeling a bit down to even blog.

My computer is now giving me problem therefore I may not be posting for quite some time unless I really have interesting news to share. If time permits, I will check on it once in a while. I will try to update as much as I possible can and once again sorry for causing some of you to wait.

Lotsa love -

Manja - Cheers!

Monday, June 12, 2006

Toilet In Bangkok - Interesting & Creative!

Woah.... nice theme for a toilet.....

Cute lah...
Female Toilet...

Male toilet...
Siap bawak gunting! hahaha...

Tuesday, June 06, 2006

future pen ????

I bet you will have a 2nd look at this amazing technology !!!!
-
-
Whaddya think these are?

look closely and guess what they could be...

PENS WITH HIDDEN CAMS, Right ?
-
-
-
-
-
Wrong!

any wild guesses now?
-
-
-
-
ladies and gentlemen...

congratulations! you've just seen the future of the lap top.

this will soon replace your PC
-
-
-
NOW SEE THIS...
-
-
-
In the revolution of miniature computers,
the scientists are ahead with bluetooth technology...


Betapa lah punya canggih eh otak2 diorng ni kan! macam2 pattern skrang ni ada, tapi bagus juga adanya pen camni senang utk dibawa kemana2 kan... aku pun bole bawak ke tempat keje lah... hahaha..... tapi agaknya berapa harga? mesti melambung tinggi, heiii, mampu ke aku membeli?

Saturday, June 03, 2006

Ako & Jue dedah kisah cinta

Sama cantik, sama padan - itulah pandangan terhadap pasangan yang sedang hangat bercinta ini tatkala mereka hadir ke Menara Star baru-baru ini. Usia hubungan mereka belum pun genap setahun, namun apa yang pasti, keserasian di antara aktor Ako Mustapha, 34 dan Zuliana Ab. Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue, 22, memang jelas kelihatan.
Percintaan mereka juga bukanlah satu rahsia lagi. Mungkin kerana di mana saja Ako pergi, pasti Jue juga akan dilihat bersama.

PERKENALAN
Menyingkap semula proses perkenalan mereka, pasangan ini menceritakan mereka diperkenalkan oleh seorang rakan Jue pada Julai lepas.
Bermula dengan sering berbalas khidmat pesanan ringkas atau SMS, akhirnya masing-masing tidak dapat menafikan lagi perasaan cinta yang wujud di antara kedua-dua mereka.
"Kalau nak diingatkan semula, memang kelakar sangat. Waktu berbalas SMS tu, perasaan untuk serius tu tak ada langsung. Lebih-lebih lagi Ako ketika itu sedang popular dengan drama Dalam Hati Ada Cinta, ditambah lagi saya pula selalu dengar macam-macam orang berkata tentang Ako.
"Jadi tak terfikir langsunglah nak jadi kekasih dia. Tapi, lama-kelamaan perasaan tu wujud juga sebab tengok Ako ni seorang yang sangat prihatin dan sabar," ujar Jue yang mula mencipta nama setelah menyertai rancangan Malaysia's Most Beautiful tidak lama dulu.
Namun, siapakah di antara mereka yang memulakan "langkah pertama" hingga akhirnya membuahkan cinta?
"Jue yang SMS saya dulu, she made the first move! Kemudian, bila dah lama-lama tu, baru saya pun putuskan untuk call saja," ujar Ako ceria sambil disambut dengan gelak-tawa oleh Jue.

RANCANG BERTUNANG
Namun, seperti pasangan-pasangan lain, Ako dan Jue juga tidak terlepas dari pelbagai konflik di dalam perhubungan mereka. Tetapi, satu-persatu berjaya ditangani dengan baik bagi memastikan hubungan mereka kekal.
"Memang banyak juga konflik berlaku pada kami. Pada masa itu, memang saya agak kecewa dan pernah putus asa untuk teruskan hubungan.
"Tapi, Ako pandai mainkan peranan. Dia bawa saya jumpa keluarganya dan waktu itu memang saya rasa terharu sangat sebab keluarga Ako boleh terima saya," kata Jue.
"Tapi, yang pastinya Jue memang nervous sangat bila nak jumpa ayah saya," tambah Ako pula yang sering mengusik Jue sepanjang temubual dijalankan.
Bukan saja Jue, Ako juga turut diterima baik oleh keluarga Jue. Justeru, restu yang diterima dari keluarga kedua-dua pihak membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk bertunang pada 22 Oktober ini.
"Insyaallah, lepas tu akan disusuli pula dengan perkahwinan. Kami bercadang untuk jalankan pada 7 Julai 2007. Tapi itu hanya perancangan," tambah Jue lagi.

TIDAK KISAH PANDANGAN ORANG
Sejak muncul di khalayak ramai sebagai pasangan kekasih, Ako dan Jue mengaku ada yang gembira dengan perhubungan mereka, namun tidak kurang juga yang mengecam mereka.
Menurut Ako, dia amat terkilan dengan kutukan-kutukan pedih yang banyak dibacanya di Internet mengenai hubungan mereka.
Tidak cukup dengan itu, kutukan juga banyak ditujukan kepada Jue, terutamanya ketika dia masih lagi menyertai rancangan Malaysia's Most Beautiful.
"Kadang-kadang saya sendiri tak faham apa yang mereka kutukkan. Ada yang tulis "Kenapalah Ako pilih perempuan macam tu" dan banyak lagi. Sebenarnya, saya dah lama terbaca komen-komen tersebut di Internet, tapi saya rahsiakan daripada pengetahuan Jue.
"Tapi, satu hari tu saya terlepas cakap juga mengenai perkara itu kepada dia," ujar Ako.
Bagi Jue pula, dia mengambil sikap tidak ambil peduli dengan kutukan-kutukan tersebut walaupun adakalanya ia melampaui batas.
"Mereka kutuk saya macam-macam. Tapi, nasib baik, ada juga kenyataan-kenyataan yang membela saya." tambah Jue.

FEBUARI

Tarikh lahir kedua-dua mereka jatuh pada masa yang berdekatan?
"Itulah, birthday saya 18 Feb dan Ako pula 21 Feb. Tapi, tak seronoklah pula sambut sekaligus," gurau Jue.

KOMEN AKO TERHADAP JUE
"Jika orang tanya siapa sebenarnya pemenang Malaysia's Most Beautiful, orang itu adalah saya. Sebabnya, saya dapat Jue! Tapi, memang ketika mula-mula jumpa dulu, saya tengok dia memang ok. Dia seorang yang komited terhadap sesuatu perkara.
"Dia ada tarikan. Ke mana saja saya pergi, kalau tinggal dia sekejap saja, adalah nanti lelaki datang pada dia. Saya percayakan Jue, tapi bukan pada lelaki-lelaki tersebut. Sebab tu saya ajak dia sertai saya belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan diri dia juga.
"Tapi, sebenarnya, saya masih memberi ruang kepada dia. Saya rela kalau dia nak pergi kepada lelaki lain kerana saya tak nak dia hidup dengan orang yang dia tak mahu.
"Pada saya, saya akan buat apa yang terbaik untuk buktikan kepada dia saya adalah yang terbaik. Satu perkara yang saya sedari, perempuan mahukan seseorang yang buatkan dia rasa selamat, manakala lelaki pula mahukan wanita yang hormatkan dia."

KOMEN JUE TERHADAP AKO
"Ako memang seorang yang cool. Dia boleh sabar dengan perangai Jue. Tapi susah nak tengok Ako cemburu, dia sangat berfikiran terbuka.
"Ako juga memang sentiasa percayakan saya. Saya masih ingat lagi, mula-mula kami jalinkan hubungan, terus-terang saya katakan perasaan cinta saya pada dia bukanlah sepenuhnya. Mungkin sebab masih baru.
"Tetapi sekarang ni, apa yang boleh saya cakap, saya memang cintakan dia sangat-sangat."

Friday, May 26, 2006


Maksud Ciuman

sbg panduan serta teladan tetapi kalau ada yg tk berape suka,

tk payah lah membaca nya:-

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium:-

1.Suka cium dahi isteri - suami yang romantis.

2.Suka cium pipi isteri - suami yang penyayang.

3.Suka cium mulut isteri - suami yang gelojoh.

4.Suka cium tengkuk isteri - suami yang mata keranjang.

5.Suka cium telinga isteri - suami yang sensitive.

6.Suka cium leher isteri - suami yang penyabar.

7.Suka cium buah dada isteri - suami yang suka bermanja.

8.Suka cium tangan isteri - suami yang hipokrit.

9.Suka cium ketiak isteri - suami yang menerima isterinya seadanya.

10.Suka cium kemaluan isteri - suami yang pemalu.

11.Suka cium punggung isteri - suami yang suka bergurau.

12.Suka cium kaki isteri - suami yang terlalu menghormati isteri.

13.Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri - suami yang mementingkan diri.

14.Suka cium seluruh bahagian badan isteri - suami yang baru balik dari outstation.

Saturday, May 20, 2006

Hey! I am back now!

Lately home PC is under reconstruction, it's crashed! and thanks to my uncle and now its all ok. Lucky for me, managed to save the very last backup.... Sorry to those who have tag me...I can't reply because i got no pc at work, hahaaa and yes, i miss u guys a lottttttt.... I miss my cyber worldddddddd!

TIPS PENJAGAAN KAKI

PENAMPILAN DIRI DR SEGI KEBERSIHAN TURUT MENJADI FAKTOR PERSONALITI ANDA DINILAI. SUNGGUHPUN BAHAGIAN KAKI ADALAH SEBAHAGIAN AURAT DAN TIDAK BOLEH DITAYANGKAN KPD BUKAN MAHRAM, TETAPI PERLU DIINGAT, SUAMI PASTI AKAN MERUNGUT APABILA ANDA GAGAL MENJAGA KAKI SENDIRI (SUAMI YG LAIN SAYA TAK TAU LAH)
IKUTI TIPS DIBAWAH AGAR ANDA SELESA BERADA DI MANA JUA..

1. ELAK MEMOTONG KAKI DLM KEADAAN KERING KERANA KUKU MUDAH ROSAK, PATAH, RETAK DAN LEBIH TERUK ANDA AKAN RASA SAKIT...

2. POTONG KUKU LEPAS MANDI ATAU RENDAM KAKI DLM AIR SLAMA 15 SAAT, SIRAM SBLUM POTONG...

3. JGN MEMAKAI KASUT BERTUTUP YG SAMA SLAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT. ELAKKAN DARI KAKI BERBAU MASAM DAN MELEKIT...

4. JEMUR KASUT DALAM TEMPOH 2 MINGGU SEKALI...

5. JIKA BELI KASUT DI MLM HARI, PASTIKAN MEMBELI KASUT YG BERSAIZ BESAR SEDIKIT. SAIZ KAKI AKAN MENGEMBANG SEDIKIT PD SIANG HARI TERUTAMANYA WAKTU PTG...

6. SAPUKAN MINYAK ZAITUN SETIAP MLM SBLM TIDUR UNTUK MELEMBUTKAN KULIT KAKI... RUTIN PENJAGAAN KAKI....

1. RENDAM KAKI ANDA DLM AIR PANAS SUAM. CAMPURKAN LARUTAN PENJAGAAN KAKI DAN RENDAM SELAMA 10 MINIT. LAP DGN TUALA BERSIH.

2. SENTAL DGN SEBIJI LIMAU NIPIS YANG DIBELAH DUA. SENTAL LEBIH LAMA PADA KULIT YG KERING DAN KASAR. MAMPU MELEMBUTKAN KULIT .

3. URUT DAN SENTAL DGN KULIT AVOKADO BG MENANGGALKAN SEL MATI...

4. SAPU DAN URUT DGN LOSYEN YG SESUAI DAN SEGAR. .

Thursday, May 11, 2006

Pernikahan Ady Putra & Aida.

Keluarga tetap nombor satu.

MYA Zara memberi impak besar pada karier Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, sekali gus melonjakkan namanya sebagai pelakon pelapis paling menonjol.Wataknya sebagai Azlan cukup meninggalkan kesan di hati pengikut setia drama bersiri ini, malah ada antara mereka jatuh cinta dengannya dan tidak kurang juga membenci gara-gara karektor antagonis yang dibawanya.Siapa tidak geram melihat Azlan bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk menundukkan bapa serta anggota keluarga lain? Lebih parah, dia yang menjadi harapan bapa sanggup bermain kayu tiga dengan isteri abang sendiri.

Bagaimanapun, sikap machonya lebih mendominasi perhatian penonton, khususnya wanita. Senyuman, lirikan mata dan gayanya mampu mencairkan hati, malah tidak keterlaluan rasanya jika penulis katakan ada penonton gila bayang kerananya.
Pun begitu, tahukah anda di sebalik watak macho Azlan, Adi Putera yang menyambut ulang tahun ke-25 pada Februari lalu sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan masih mengharapkan perhatian ibunya yang sanggup berpindah dari Kota Singa ke Kuala Lumpur atas permintaannya.

“Saya tidak kisah jika orang melabelkan saya anak emak. Sejak kecil saya tidak pernah berjauhan dengan orang tua. Dengan adanya ibu di sisi, saya rasa lebih selesa.“Apabila nekad untuk meneruskan karier sebagai pelakon di Malaysia, ayah izinkan saya membawa ibu menetap di Kuala Lumpur. Kalau ikutkan saya mahu ayah turut serta, tapi apakan daya ayah terikat dengan tugasnya sebagai jurutera penerbangan.“Sebagai anak, saya risau juga dengan keadaan ayah. Maklumlah, kakak dan abang saya berkahwin dan menetap dengan keluarga masing-masing. Justeru, saya dan ibu kerap pulang ke Singapura untuk menjenguk ayah.

“Saya terharu dengan pengorbanan ayah dan ibu. Keprihatinan mereka menyedarkan saya supaya sentiasa mendahulukan keluarga, khususnya ibu bapa, walaupun berumah tangga kelak,” kata anak bongsu daripada tiga bersaudara ini, anak muda lulusan Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura itu mengakui, drama bersiri kegemaran ramai ini menjadi batu loncatan untuknya terus bertahan, sekali gus mencari lebih banyak peluang mengukuhkan kedudukan dalam industri.
“Sejak dua tahun lalu, saya membintangi beberapa drama dan carekarama namun lebih dikenali melalui Mya Zara. Tidak dinafikan, drama ini banyak menaikkan nama saya.

“Terima kasih diucapkan kepada Grand Brilliance Sdn Bhd kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya melakonkan watak Azlan. Bukan senang untuk menjiwai watak ini kerana perbezaan umur saya dan Azlan terlalu jauh. Saya harus pastikan penampilan dan tingkah laku saya menepati usia Azlan yang melepasi angka 30 tahun.“Selain itu saya perlu hidupkan watak Azlan hingga menimbulkan kebencian penonton. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan watak ini, apatah lagi ramai peminat mengatakan lakonan saya menjadi. Pun begitu, kalau ditanya mengenai mutu lakonan, sebagai pelakon saya belum puas.

Banyak usaha harus dilakukan bagi memastikan peningkatan dari semasa ke semasa,” kata Adi ketika berkunjung ke pejabat MA, baru-baru ini.Ditanya mengenai sejarah pembabitannya, Adi memberitahu, kariernya bermula sebagai pelakon sambilan di Singapura pada 2002. Ketika itu Adi tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini secara serius, namun dua tahun kemudian haluan hidupnya berubah apabila pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima melamarnya membintangi Haryati 2.

Tawaran kedua muncul apabila Erma sekali lagi mengundang Adi menjayakan drama Dilema Wanita. Kedudukan Adi bertambah selesa pada 2005 apabila GB memberi kepercayaan kepadanya untuk menjayakan cerekarama sempena sambutan Hari Keputeraan Rasulullah, berjudul Kelahiran Yang Teristimewa.Kemudian, menyusul pula cerekarama Dakapan Senja (2005), Kasih Rela Ku Pujuk dan terbaru muncul cemerlang dengan Mya Zara.“Saya tidak akan lupa jasa baik Erma kerana dia bertanggungjawab memperkenalkan saya dalam industri ini.

Pertama kali bekerja dengan Erma, tidak pernah terlintas di fikiran saya dapat bertahan hingga ke hari ini.“Pada mulanya saya kurang yakin dengan penerimaan masyarakat Malaysia, tetapi tanggapan ini berubah apabila satu demi satu lakonan saya mendapat tempat di hati peminat.“Jujur, saya tidak pernah menetapkan had masa berapa lama saya akan bertapak dalam industri kerana semuanya terpulang pada rezeki dan penerimaan peminat. Selagi diperlukan, insya-Allah saya akan terus melebarkan sayap di sini. Malah, menjadi harapan saya untuk sama-sama memartabatkan industri seni Malaysia yang saya anggap seperti negara sendiri,” katanya yang berpegang pada prinsip tidak menyusahkan orang lain.

Ditanya mengapa tidak memilih bidang kejuruteraan penerbangan sebagai kerjaya tetap, Adi yang mengagumi Rosyam Nor dan berhasrat berguru dengan aktor hebat itu menyambung bicara: “Saya jatuh cinta dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Biarpun tidak pernah menjadi cita-cita, ia serasi dengan jiwa saya. Mungkin sudah tertulis inilah rezeki saya dan saya menerimanya dengan hati terbuka.”

Dalam rancak bercerita, Adi mengaku cerewet dalam memilih watak. Bukan bayaran tinggi dikejar aktor yang dilabelkan sebagai pelapis Rosyam Nor ini, sebaliknya dia mahukan watak yang mencabar, pelbagai dan berbeza dengan personaliti sebenarnya.“Sebagai pendatang baru, saya harus bijak memilih watak untuk pergi lebih jauh dalam industri ini. Biar lambat naik, asalkan dapat bertahan lama.

“Bagi saya bayaran tidak penting, sebaliknya lebih mengutamakan watak. Saya mahu dikenali sebagai pelakon versatile dan bukannya sterotype. Lebih sukar dan mencabar karektor itu, lebih menarik di mata saya. Dengan cara ini saya dapat memantapkan mutu lakonan dan dalam masa sama memperbaiki kelemahan diri.“Sebelum ini saya diundang membintangi sebuah filem, tetapi terpaksa menolak tawaran itu dengan baik kerana watak diberikan kurang mencabar. Saya sanggup menunggu sehingga bertemu tawaran yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya,” katanya yang percaya tiada jalan pintas untuk meraih kejayaan dan harus bekerja keras untuk kepuasan berpanjangan.

BIODATA NAMA: Mohamed Hadi Putera Halim
LAHIR: 26 Februari 1981
USIA: 25 tahun
KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
TINGGI: 174 sentimeter
BERAT: 72 kilogram
ADIK BERADIK: Anak bongsu daripada tiga beradik
WARNA KEGEMARAN: Oren
HOBI: Menyanyi, selam skuba, melancong dan berfikir
BAKAT: Berlakon dan menyanyi
IDOLA: Kuswadinata
DRAMA/CAREKARAMA: Mya Zara, Dakapan Senja, Kasih Relaku Pujuk, Haryati 2

Wednesday, May 10, 2006

Someone forward email to me - *SUDU DAN BENANG*

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat. Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?" "Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya.
Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif". Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya.
"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang". Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?" "Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."
"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?" "Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Tuesday, May 09, 2006

wah!!! can they still drive?




Sunday, May 07, 2006


Al Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya. Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja. Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri iaitu dengan istilah "mesin taip"Apabila si suami berkehendakkan pada isterinya maka dia akan memberi tahu pepatah itu kepada isterinya.

Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bila mana si suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya yang dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu juga dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya. Si suami melihat jam di tangan. "Hai setengah jam sempat lagi ni ...."bisik hatinya. Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya si isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah.
Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun itu memanggil isterinya dengan bersama pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu.
"Emak..., abah kata dia hendak mesin taip...." kata sikecil itu petah."Nak mesin taip...??? Nantilah cakap sama abah nanti mama balik bagi mesin taip tu yaa...!!" sahut si isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu. Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangan sesama sendiri kehairanan.
"Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya. "Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..."sampuk seorang lagi yang sama-sama tidak memahami apa-apa. Si isteri itu hanya tersengeh-sengeh malu. "
Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi....!" balas si isteri mengalihkan cerita. Si isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh si suami.
Hampir dua puluh minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu. "
Laa kata nak mesin taip....???"
"Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan.!!!"Bagi tahu si suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan si isteri yang tercengang-cengang.

Friday, May 05, 2006


Tipah tertipu!

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke busstop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam.

Orang lain takde,Tipah seorang ajer. Takut gak tau!Tunggu punyer tunggu dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya, ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler? Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu laaa baru Tipah perasan yang bastu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak.Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler peluh jantan mula memercik dan nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?? Adakah? adakah? Aarrrghhh!!! Seramnye, ngerinye, takutnye, kejamnye!"

Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada."

Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas. Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Rupa-rupa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow aje, patut pun tak der drebarnya, patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

()""()
( 'o' ) ==
(,,)=(,,)==
( . )(,,,)-(,,,)

Saturday, April 29, 2006



wives are wives... BUT not all wives...

Ha Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Ha Ha

A woman wanted to reach her husband on his mobile phone but discovered that she was out of credit, She instructed her son to use his own phone to pass across an urgent message to his daddy who was on site. After junior had called, he got back to mummy to inform her that there was a lady that picked up daddy's phone the three times he tried reaching dad on the mobile.
Women!!
She waited impatiently for her husband to return from work and upon seeing him in the driveway, she rushed out and gave him a tight slap, and she slapped him again, for good measure.

People from the neighbourhood rushed around to find outwhat the cause of the commotion was. The woman asked junior to tell everybody what the lady said to him when he called.

Junior said "The subscriber you have dialed is not available at present. Please Try Again Later"...

Wednesday, April 26, 2006

Just Like A Rose



Our friendship is just like a rose planted in the earth...
wrapped with a blanket of love...
with nourishment,and tender loving care...
growing, and spreading love all around...
As the bud begins to grow...
so does our friendship....
the bud begins to open up...
so does our hearts....
The bud blossoms into a beautiful flower...
as our friendship has too...
With each petal, oh so different,yet so much alike...
like pages of our lives...
fully grown into the best that it can be...
So has our friendship after all these years.
Thank you my friend,
for bringing me such beauty and joy into my life.
I love you, my friend.

MY COMPUTER JUST RECOVERED 1 WEEK AGO, DIA BUAT RAGAM LAK,
I'M HAPPY DAT IM BACK NOW...
THIS ROSE I'M DEDICATED
TO ALL MY ONLINE FRIENDS HERE.
HAVE A GREAT WEEKEND EVERYONE... MUAKKSSS..!

Saturday, April 15, 2006

Luahan hati seorang suami yg ada keinginan nak kahwin lagi...



Thanks to DIELLA - http://delusty.blogspot.com for sharing this email.
Ada sesape yg bersetuju dgn apa yg diceritakan oleh insan ini? Sila lah beri pandangan & luahan hati anda - pembaca2 saya yg tersayang di sini.

Wahai kaum2 pompuan, bole percaya kah?? Untuk Renungan Semua. "Tepuk dada tanya selera." Selamat membaca.


"Assalamualaikum,
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering me war-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life start at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan'.Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi. tak tahulah kalau isteri saya tu main reverse psikologi dengan saya.Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. anak anak lebih tertekan.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Insya Allah semua lelaki di Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial "

Thursday, April 13, 2006

Kata-kata hikmah



“Maka barangsiapa telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, memperolehi ia cahaya yang terang-benderang dari Nur Tuhannya.”

Penyair Arab bermadah: “Sekiranya cintamu itu benar, tentulah kamu mentaati-Nya, kamu mematuhi sagala perintah-Nya, kerana (menurut dasar logical), seseorang itu mentaati orang yang dicintai.” Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib: “Ambillah daripadaku lima perkara:

·Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
·Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi.
·Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja. ·Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.
·Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman. Manusia yang paling bahagia ialah orang yang berilmu, sabar dan memadai apa yang ada (qanaah).
·Saidina Ali – manusia yang paling bahagia ialah orang yang dapat menunaikan segala tanggungjawabnya.
·Ibrahim An-Nakhai – Kebinasaan orang yang sebelum kamu dengan sebab 3 perkara iaitu banyak cakap, banyak makan dan banyak tidur.
·Malik b. Dinar – Perbaikilah 3 perkara dengan 3 perkara agar kamu termasuk dalam golongan orang yang beriman: sombong dengan tawadhuk, hasad dengan nasihat, bakhil dengan qanaah. Ada 4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lain lebih baik:
·Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik,
·Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik,
·Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik,
·Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah dari orang miskin itu lebih baik.

Sunday, April 09, 2006

**beauty bloom

Terpikat dek kecantikkan bunga-bungaan orkid ini semasa berjln2 bersama ngan abang Along di Tanglin Mall.
Terimakasih Along, cantik gambar2 ni.

Friday, April 07, 2006

**our family bbq

**Terimakasih kpd Kak Rina Khan - http://rinakhan.fotopages.com kerana sudi mengajar saya mengedit gambar2 sebegini!

Thursday, April 06, 2006

**Dia


Ku Ada Di Sini - Rio Febrian

saat semua asamu
hilang dan tak tersisa
usah kau berkecil hati
ku ada di sini

saat engkau sadari
tiada arti hidup ini
usah kau ragukan lagi
ku ada di sini

* tak akan ada
satu pun yang bisa
memisahkan kita
sebutkan namaku di hatimu

reff:
tak perlu seribu bintang
yang bertaburan di langit sana
tuk temani malam-malammu
ku ada di sini

tak perlu seribu sahabat
dengan senyum sapa dan hangat cinta
cukup satu alasan indah
ku ada di sini

saat semua lelahmu
tak terbuangkan lagi
usah kau simpan sendiri
ku ada di sini

saat semua cintamu
pergi dan tak kembali
usah kau tangisi lagi
ku ada di sini

repeat *repeat reff

**Drama Indonesia yang nga ngetop sekarang mmg aku suke cite ni ..
Dia - Tune in to Dia Sr. 3 every Mondays @ 9.30 pm only on SURIA...

KeMachoan Arie Wibowo .. tergugat ku melihat wajah nya ..