Monday, March 27, 2006

**Cinta Lama Biarkan Berlalu...

Image hosting by Photobucket

Pernah tak terasa dlm hidup kita sentiasa ingat seseorang,
ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya
begitu dekat meskipun jauh beribu batu?

Jika ada, itu namanya cinta. Image hosting by Photobucket Cinta sesuatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok 3 sudah tidak memiliki cinta. Jauh didlm cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.

Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujuran.

Terkadang rasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang amat kondusif dan ekslusif, tersendiri amat.

Kata orang kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertaktha dihati, dimanakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan ku sebagaimana aku sentiasa teringatkan mu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia.
Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia telah tiada. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringat seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa memperdulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh disudut hati kita.Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya,
ia tetap datang dan datang.

Wahai, andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak
mungkin kembali. Urat telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti- henti, tapi hati masih mekar dan segar.


Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu utk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

"Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH". An-nisa:34

Cinta mmg sentiasa muda, tidak pernah selari dgn usia yg kian bertambah.

Image hosting by Photobucket p/s - Saya amat mencintai mu Abang .. Image hosting by Photobucket

1 comment:

unknown said...

"Wahai insan yang pernah bertaktha dihati, dimanakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan ku sebagaimana aku sentiasa teringatkan mu?"

(T_T)