Saturday, March 25, 2006

KACANG PHOOL


Ini adalah dari gambar lama yg masih dlm simpanan saya, gambar baru takde .. time tu lupa bawak camera ke rumah emak, so uploadkan saja kat sini.. buat ini kat rumah emak ,lagi pun barang2 pun ada dlm esbok mak - bila husband pun off jugak hari tu.... husband feberet makanan ini.

Bahan-Bahan
1 tin kacang Phool MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu

2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2

Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.

Cubalah .. Memang sedap..

1 comment:

DIELLA said...

amboiii... anta kat sini cikettt... :p