Thursday, March 23, 2006

Maia - Mulan cuma "teman mesra"

Raut wajah umpama "Ratu" dan susuk badan yang seksi sudah cukup membuat kumpulan duo terbaru dari Indonesia ini mencuri tapak di persada seni tempatan.
Dua orang jelitawan Maia dan Mulan yang menggelarkan diri mereka Ratu telah berada di tanah air baru-baru ini untuk memperkenalkan album terbaru mereka yang berjudul "Ratu & Friends."
Walau cuma berbekalkan dua buah lagu sahaja, itupun hanya satu sahaja lagu baru, Maia-Mulan berani bersaing dengan artis-artis tempatan.


Keakraban Mulan (kiri) dan Maia disalah ertikan oleh sesetengah pihak.


Keadaan industri syarikat rakaman yang umpama "nyawa-nyawa Ikan" di mana hanya album-album kompilasi sahaja dikeluarkan tidak langsung mematikan semangat Ratu untuk bersaing.
Namapun orang baru, album "Ratu & Friends" menengahkan lagu-lagu hits recycle dari rakan mereka yang lebih senior seperti Padi, Radja, Sheila On 7 dan Glenn Fredly, ia tetap menjadi taruhan album "Ratu & Friends" ini.
Apapun jua alasan untuk promosikan album, kejelitaan dan ketrampilan mereka yang jelita, seksi dan memukau, nampaknya Ratu akan "laris" di Malaysia juga setelah membuka lebaran baru dengan lagu popular mereka "Teman Tapi Mesra" (TTM) dan "'Di Dadaku Ada Kamu" yang pernah dipopularkan oleh Vina Panduwinata.
Mungkin disebabkan "kebisaan" senikata lagu TTM seperti bait-bait lagu Di mana ada dia, selalu ada aku. Namun aku bingung ketika dia bilang cinta, Dan dia juga katakan ingin jadi kekasihku…Cukuplah sudah berteman denganku .Jangan kau meminta lebih, lebih baik kita berteman
Perhubungan mesra antara Maia-Mulan pernah disalahertikan sebagai pasangan yang sedang berkasih justeru disebut "lesbian", yang mana kedua-dua wanita jelita ini telah menafikan.
Mulan adalah vokalis baru Ratu menggantikan Pinkan Mambo. Ketika Maia berpasangan dengan Pinkan, Ratu lebih dikenali dengan imej R&B, sedangkan kini Ratu lebih selesa dengan imej pop-rock.
Album "Ratu & Friends" yang tak ubah seperti album kompilasi ini tetap unik walau apapun format muzik yang ingin ditampilkan.
Mungkin ianya disebabkan usahasama penyanyi-penyanyi senior yang turut


Walaupun berstatus sebagai isteri, ia tidak menghalang mereka bergaya seperti gadis muda (The Star)


menyumbang lagu seperti seperti Akhir Cerita Cinta (Glenn Fredly), Kau (Ello Feat), Cinderella (Radja), Jadikan Aku Raja (Ada Band), Why Do You Love Me? (Erwin Gutawa Feat Rio Febrian), Rahasia Hati (Element), Rum Raising Chocolate Ice Cream (Ten 2 Five), Hanya Dirimu (Dygta Feat.Meda), Temani Aku (Sheila On 7) dan Patah (Padi). Album Ratu & Friends telah terjual sebanyak 200 ribu keping di Indonesia.
Ratu menampilkan imej seksi dengan berpakaian ketat, jeans yang mengikut potongan badan dan adakalanya berskirt mini dengan berstoking "net" panjang.
Sekali pandang tak ubah seperti imej Cyndi Lauper ketika mula dia bergelar penyanyi dulu.
Busana baru yang menarik ini menampilkan Ratu seperti di alam muda remaja dengan gaya yang nakal dan manja.
Walaupun kedua mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak, Mulan-Maia tetap bergaya dengan imej gadis muda.
Maia atau nama sebenarnya Maia Ahmad, 28tahun, adalah isteri kepada ahli kumpulan Dewa, Ahmad Dani dan telahpun mempunyai tiga orang cahayamata.
Sedangkan vokalis baru "Ratu" Mulan Kwok masih berusia 22 tahun dan telahpun mempunyai dua orang anak.
Nama sebenar Mulan ialah Wulansari dan beliau bukan keturunan Cina seperti yang ramai sangka. Kwok itu adalah nama gelaran kerana kepandaian dia menyanyikan lagu Mandarin. Dan Mulan adalah nama yang diberi kerana keserasian bunyi yang hampir dengan nama asalnya Wulan.
Kedua orang ibu muda sudah menjangka cabaran hebat yang bakal diundang mereka, tambahan status mereka sebagai isteri muda yang jelita dan seksi.

No comments: